Thursday, October 21, 2010

~HaRi YaNG DiSuNaTKaN BeRPuaSa

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.



Tujuh jenis puasa sunat jadi amalan Rasulullah

Bertanya seorang sahabat kepada Anas r.a mengenai puasa Nabi SAW. Jawab Anas: “Aku suka melihat Rasulullah SAW khususnya ketika beliau berbuka atau berpuasa. Hatta pada malam yang beliau habiskan sehingga fajar. Keadaan tidur Rasulullah SAW dan aku tidak pernah merasai kelembutan sutera yang hebat lebih daripada kelembutan tapak tangan Rasulullah SAW. Aku mencium bau hebat dari wangian kasturi, tetapi bau badan Rasulullah SAW lebih wangi dari itu. (Hadis Bukhari).

Berkata Syeikh Ibnu Hajar: “Bahawa keadaan Rasul SAW dalam menunaikan perkara sunat seperti puasa dan Qiamullail adalah berbeza. Kadang-kadang beliau berpuasa pada awal, pertengahan atau akhir bulan. Puasa sunat tidak tertakluk kepada waktu kecuali waktu yang ditegah. Baginda tidak berpuasa sepanjang tahun. Tidak pula berqiamullail sepanjang malam kerana bimbang akan menjadi kesulitan kepada umat akan datang. Jadi beliau berpuasa dan berbuka, tidur dan berqiamullail. (Fath 4/217). Firman Allah: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Rasulnya (al-Mumtahanah: 6). Marilah kita melihat sepintas lalu mengenai hari dan munasabah tertentu ibadat puasa Nabi SAW.

Puasa enam hari pada Syawal - Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun. (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah).

Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya, Mughni riwayat Said dari Sauban r.a, berkata sabda Rasul SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan sepuluh bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun”. Ini bermakna satu kebajikan digandakan sepuluh dan enam hari dengan ganjaran enam puluh hari, Demikianlah dua belas bulan, iaitu setahun. (Mughni 3/173).

Imam Nawawi ketika mengulas hadis di atas berkata, “Ini adalah bukti jelas bagi Imam Syafie, Imam Ahmad dan Daud menjadi alasan menggalakkan kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal”. (Syarah Muslim 8/56).

Ulama berbeza pendapat mengenai puasa berturut-turut atau sebaliknya. Pengarang kitab Al Hidayah dan lain-lain menyarankan supaya dilakukan berturut-turut. Namun, Imam Abu Hanifah dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafie antaranya Abu Yusuf dan lain-lain mengatakan bahawa dipisahkan adalah lebih baik dan disunatkan kerana dapat membezakan dengan puasa penganut Kristian dan juga dapat meraikan kaum keluarga. (Maarif Sunan Syarah Tarmizi 6/121).

Puasa Muharam - Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam. (Muslim 1/474). Waktu yang terbaik ialah pada 9 dan 10 hari bulan. Ia berlaku sepanjang Muharam dan 10 Muharam mempunyai hak khusus tersendiri.

Puasa Hari-Hari Putih - Iaitu pada 13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Duha dan solat witir sebelum tidur (Hadis Bukhari).

Syekh Ruyani berpendapat bahawa berpuasa tiga hari setiap bulan adalah sunat dan lebih afdal jika bertepatan dengan hari-hari putih (13,14 dan 15 setiap bulan Islam). Ia dinamakan hari-hari putih kerana keceriaan malamnya dengan pancaran bulan penuh. (AlMughni 3/177)

Dari Abdullah Bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan, tiga hari kerana satu kebajikan digandakan sepuluh kali ganda. Yang demikian itu seumpama kita berpuasa setahun. (Hadis Bukhari, Muslim).

Dalam riwayat lain sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesiapa berpuasa Ramadan bersama tiga hari setiap bulan akan mendapat pertolongan pada hari yang sangat dahaga ia hari Mahsyar.

Puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah - Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Jawab Baginda: “Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang. (Hadis Muslim 1/473). Bagi berwukuf di Arafah pula kebanyakan ulama sepakat mengatakan bahawa mereka sunat berbuka puasa.

Imam Hanafi dan Maliki berpendapat adalah makruh bagi jemaah haji yang berpuasa pada hari wukuf dan hari tarwiyah (8 Zulhijjah).

Imam Hambali pula berpendapat bahawa sunat berpuasa bagi jemaah haji jika mereka berwukuf pada waktu malam dan makruh bagi mereka yang wukuf siang hari.

Bagi Mazhab Syafie pula bagi penduduk Makkah yang berwukuf pada siang hari, berpuasa adalah tidak digalakkan dan harus bagi yang berwukuf di sebelah malam. (Fiqh 4 Mazhab 1/505). Adapun puasa Arafah sudah diketahui umum bagi semua yang mengerjakan haji atau sebaliknya. (Fath 4/237).

Puasa hari Asyura (10 Muharam) - Dari Abdullah Bin Abbas ra bahawa ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya, “Apakah gerangan hari ini sehingga kamu berpuasa?“. Maka mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang besar di mana Musa diselamatkan dari kaumnya, tenggelamnya Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa kerana mensyukuri dan kami berpuasa”. Selepas mendengar itu Nabi SAW pun bersabda, “Kami lebih utama berpuasa dari kamu dan Nabi SAW berpuasa dan menganjurkan kita berpuasa”.

Dalam riwayat Abu Qatadah ra bahawa apabila Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura beliau menjawab, “Mendapat keampunan setahun yang lampau”. (Hadis Muslim 1/459). Dalam riwayat lain sabda Nabi SAW, “Puasalah hari kesembilan dan kesepuluh, janganlah kamu samakan dengan kaum Yahudi.

Ada yang berkata, berpuasa 9 Zulhijah sudah memadai kerana dosa dua tahun sudah terhapus. Sheikh Abd Hamid berpendapat bahawa dosa adalah seperti ‘air sungai yang mengalir’. Oleh itu, puasa dan taubat adalah ubat mujarab untuk dosa berkenaan. Ada dosa yang tidak diampun kecuali dengan puasa Asyura. Begitulah sebaliknya dan tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT.

Puasa Isnin dan Khamis - Dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: “Padanya aku dilahirkan dan padanya mula-mula diturunkan wahyu padaku. (HR Muslim 1/474). Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”. (Hadis Tarmizi).

Dalam riwayat lain daripada sebahagian isteri Baginda ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa 9 dan 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan Islam serta Isnin dan Khamis pada setiap minggu. (Hadis Abu Daud)

Puasa Nabi Daud AS - Rasulullah SAW bersabda: “ Tidak ada puasa yang lebih baik selain puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Hadis Bukhari). Dalam hadis lain, Rasul SAW bersabda: “Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dia juga tidur dan menggunakan satu pertiga malamnya saja untuk berqiamullail. (Hadis Nasai, Abu Daud).

Untuk makluman, semua puasa sunat berkenaan dilarang bagi yang bergelar isteri kecuali mendapat keizinan suami masing-masing kerana menunaikan hajat suami adalah wajib. Maka hukum syarak mengatakan hendaklah didahului yang wajib.

Wednesday, October 20, 2010

aMaLaN KeTiKa BeRWuDuK~

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
 Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
 Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini"
 Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"
 Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
 Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
 Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"
 Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
 Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah

Wednesday, October 13, 2010

~MaKNa BaCaaN DaLaM SoLaT

Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Wednesday, October 6, 2010

~aLHaMDuLiLLaH..

Salam.. it's been awhile since my last entry 2mths ago. Alhamdulillah, i'm still able to breathe and have a chance to watch sun rises in the east and sets in the west.. Praise be to Allah for the good fortune and blessings. Well, i'm officially employed again and grateful for this one lifetime opportunity.. Only Allah knows what His plans for me.. :) I am so glad that everything turns out to be fine and just about according to plan. Something beautiful awaits ahead, as reward for the patience through His series of test. Alhamdulillah syukur..my relationship is blooming healthily. Thanks to Allah for His guidances. 


P/S : i pray all of u to have a good day ahead  :)

Friday, July 30, 2010

~JaNGaN

ini kisah berlaku betul² pd pagi tadi..sewaktu aku sedang mbasuh baju.. arakian, terdapatlah seekor ibu dan anak kucing.. ngiauan anaknya yang x henti² menarik perhatianku utk merakam aksi mereka... cuma ada rasa ralat sket sbb x dapat nk memorikan detik mula² skali.. kisahnya, si ibu dan si anak terpisah dek jurang longkang yg hanya sekangkang kera je bg kita..tp mungkin sekangkang kingkong bg mereka.. disebabkn aku pn sibuk nk amik hp aku, tgk² si ibu dh pn berada kt sebelah si anak.. mungkin nk guide si anak merentasi longkang dgn selamatnya.. anaknya pn ala² blur je.. hmm, saksikan jelah rakaman amatur ni..






moral : pandang depan bila berjalan..~

Thursday, July 29, 2010

~MaRi MeNDaKi GuNuNG : BUNGA BUAH


haha! dh lama giler aku rasa aku p gunung ni..tp br skang ada kesempatan nk up kt blog. yela, dolu bz..ne la smpat nk karang ayat sume.. skg smntara aku x brp nk sibuk
(wlp sebenonya ada je nk kna buat.. ahh xpe, IT CAN WAIT).. so aku dgn rajinnya nk share experience aku sbg pdaki gunung yg bjaya...bg 1st timer mcm aku la kn.. tarikh keramat yg dipilih utk misi menawan puncak Gunung Bunga Buah (mcm peliq je namanya..ada makna tersirat bg aku la)..jatuh pd 24/08/08.. gunung ni terletaknya dkt genting highlands.. ala, kalu nk nek genting yg jln dia pusing² tu, haa, ada la kt tgh² tuh pntu masuk dia..

masa 2, aku p dgn bdk² kja aku la.. aku msa 2 still lg dgn midnight team kt celcom.. waktu kja 10pm-8.30am daily.. so plan baik nye nk stat grk as soon as we can la pas kja 2.. tp pam² jela...kalu dh namanya melibatkn ramai org..nk kna tggu sana..tggu cni.. kmpul sana..kmpul cni... time 2 la br nk p pasar bli brg bsh la.. nk blk umh nk amik beg la.. kn sng prepare sume awai².. tgk mcm aku..mnd pn slumber je kt toilet opis 2.. (opismate aku lg la, pas kja tros grk..x mnd.. eii, musyuk!! katanya, nnt² pn bpeloh jugak...haha!.) aii..so timing pn dh drag giler.. dh la nk grk ke 'tmpt kejadian' nek public transport.. so ktorg kna nek bas dr PJ
(dh la ujan mengiringi pemergian kami skali)...p ke Putra lrt KJ.. pas2 tukar lk nek Star lrt kt KL sentral..smpi pekeliling.. dr situ, ktorg nek bas yg nk mhala ke genting tuh la.. dh tba kt 'tmpt kjadian' still lg nk kna tggu org lg..huhu!! so tolak tambah darab bahagi...ktorg stat berarak dr bwh dlm kui 5.30pm gk la.. (giler lmbt! kui brp nk smpi puncak? huhu!)


posing kt LRT Kelana Jaya

jgn lupa ye pmbaca sekalian..yg p misi ni, mostly 1st timer (so equipment n preparation utk diri masing² mmg ala² la..).. dh la br pas abs kja mlm smlmnya..dgn x tdonya, ktorg gagahkn jugak.. feeling mode : EXCITED, NERVOUS dan mcm² lg la.. sblom nk smpi kaki gunung, kna lalu denai dolu..(ada la dlm sejam kut..lupa daa..) disebabkn cuaca ujan..jd keluarga pak pacat mmg mbuat pesta besar²an sempena mnyambut kdatangan rombongan cik kiah kami ni.. aku ada la 1st time kut tgk pacat live.. masing² dh pakat taruk garam kt kaki, kunun²nya petua nk elak kna gigitan chenta la.. (nsb aku pki bj blapis².. so aku kna gigit pn, sipi² je..ahaha!).. oh ye, lupa nk bgtau.. kt ats gunung tuh nnt, mmg xde sumber air.. kalu nk air, haaa..kt tgh² denai 2..ada punca mata air.. so kt situ la msg² kna bwk botol mineral 1.5l..2 botol sorg..utk bekalan di ari tua jugak..

dh lama redah denai..onak bduri sume..akhirnya smpi la jugak kt kaki gunung tuh.. stat nek..aku rsa mcm..aii btoi ke aku nk nek ni? tgk jam dh lebih 6.30pm.. bbekalkn iltizam dan smngat ingin tau..
nk xnk, aku redah gak la.. mmg ssh jugak..rsa semput jln kt denai td pn blom abs lg.. dgn beg msg² beso kemain.. tp bla nek gunung dh x brp nk hirau bnda tuh sume..sbb kaplo otak duk pk, bla la nk smpi ni.. nk dipendekkan citer..akhirnya ktorg smpi jugak kt puncak dgn slmtnya ngam² kui 12.30am.. hebat x hebat la ktorg.. smpi gk kt 'tmpt kjadian' wlp dgn gelap gulita... dgn ditemani cahaya bulan yg samar².. dgn diterangi cahaya lampu suluh yg kbanyaknnya dh abs bateri.. dh la struktur muka bumi, skejap kang mdatar..kjap kang curam mnjunam..kejap kang tggi mdaki.. (nama pn nek gunung kn).. so most of the time, ktorg jln ikut sora org depan je.. dh ramai², kmpem la speed x sama.. ada yg laju, ada yg dh pancit.. ada yg kjanya asek mrungut je.. (ni kamil sorg jela..kakaka!) aku lk, mmg aku sja duk blkg pejal..nk blaja tgk jln.. tp dh mlm², ne la mata aku yg rabun ni nk nmpk kn..

so dh smpi 2, buat khemah..msk² n mkn².. ada la kui 3am br mkn kut.. aku dh x ksh dh, pas tlg sket² aku tdo la.. abs kasut adidas yg br aku bli kt uptown, dh masuk pacat..
(nsb aku bli yg celup je, hehe!).. so, mlm..xde xtvt pe la..tdo je.. aku mmg plg kuat la buat orkestra mlm 2..hehe!! dan pg akhirnya mjelma.. ktorg nek lg sket utk p tinjau kt mnara tinjau la.. (ye ke org panggil nama 2? aku pn x tau la).. kt situ br la btoi² bdiri ats puncak.. tgk view..br terang bijik mata.. mmg syiok..amik gambo knangan sume.. (xtvt wajib la kn, nk tnjuk kt org kg sume).. yg x syiok nya..sbb skejap sgt.. tup² tghari dh grk nk blk.. x puas rsanya..


chantek x?


hoo..part nk turun blk ni la..bercinta kalu aku nk knang blk.. kaki kiri aku ni dh injured (bahagian tulang pinggul dgn buku lali) akibat drp eksiden msa merempit zmn skolah dolu².. kiranya mcm kaki kiri aku nih x bley sapot/bdiri lama² kalu aku nk kna pnjt tmpt yg tggi.. dgn xde airnya..mmg dehidrated and demotivated.. msa ni, sume org dh jln ikut speed msg² dh.. sume pk nk cpt smpi bwh je.. bla dh siang, terang bnderang..br la ktorg sume bley nmpk sgala curam cenuram.. gaung-maung..yg ktorg duk lalu mlm smlm.. (uii, ni kalu tgelincir ni.. BYE² BIRDIE!!).. so ada 1 part ni, sblom nk smpi bwh..nk kna pnjt dolu (mcm ank bukit la kut), giler tggi nk shoot.. msa ni kaki aku mmg dh x bley nk tahan dh.. aku pnjt pn jz gna kaki knan je, jln pn stapak² je sbb kaki kiri dh injured terok.. smpi tahap merangkak pn ada la.. smpi thp aku suh je mmber aku tinggalkn aku kt utan ni..injured nye psi..huhu! (smpi thp camtuh skali aku rasa..eisy³).. dh la tnh licin sbb ujan.. aku bsyukur sgt dgn geng yg byk tlg aku msa ni.. aizul yg salu tarik tgn aku utk pnjt.. mas & ijan sbb bg moral sapot.. and life saver..reeza.. (sbb tlg bwk beg aku.. giler power dia bwk turon 2 beg skaligus.. incik ashkar la katakan..).. stelah bhempas pulas manjat dan merangkak dan terlentang..akhirnya tba jugak kami kt bwh.. sume jln dh tkengkang²..keke!


nk blk dh ni..



bla sume dh smpi bwh..mcm² rupa ada.. ada yg bkaki aym sbb sipar tputus (kamil la tuh, dh mcm 'ghupa' org asli pn ada).. ada yg ikat kasut gna tali rapia sbb tapak kasut dh tcabut (ni si iblis choy lk)..wahaha!! ktorg nk kna tggu bas lk..nk blk kl.. dh mlm dh msa 2.. sume pakat baring tepi divider..pnat kut.. kemain lg kn, bla dh smpi bwh..bkobar² smgt citer pnglmn ptama nek gunung.. aku rsa mcm x sabo nk nek gunung len.. (walhal msa kt ats gunung, nye la rsa xmo nek lg dh).. pendek citer, prasaan penat sume ilang.. rasa teruja, rasa mcm nk feel nek gunung len lk la, rasa bangga sbb bjaya menakluk puncak gunung..hehe! kwn aku ckp..kalu nk knai karakter sesorg, msa nek gunung cmni la.. tgk org 2 bley bkerjasama ke x..kuat merungut ke x..lmh smgt ke x..kuat smgt ke x.. hmm, iye ke? iyela kut..huhu!!


hehe, mmg sempoi.. i l0ike!

Tuesday, July 27, 2010

~TuMMY-LiCiouS..



This is a galore of stuff i crave to swallow..even when my tummy is FULL.. (trust me, my 'tank' is enormous..) i never turn down such mouth-watering food.. At least, these are the list i can think of at the moment..






SUSHI
i'll do any kind of sushi...from maki, temaki, kansai even udon (not so fancy of soba though).. or shall i say, i'm a japanese cuisine LOVER? indeed..haha!


and the course will be incomplete without its boon companion..
Ms Wasabi and Mr Gari





SOUR DISHES
mmm-hhhmm.. Yummy! i've been in love with anything sour-ish..
Laksa Penang.. Tomyam.. Kuey teow ladna.. but i'll go only if the 'kuah' is super KAW la..
and not forgotten... Jerukzz.. (kecur air liur aku weh..)





CHOCOLATE
i'm not really a choc addict.. but if i crave for one, i'll sure grab the darkest, richest, yummiest flavor.. and y'all, don't think of sharing a bite yah.. ;b




BEVERAGES
i love to have it while on-the-go.. soothing liquid glides smoothly through my trachea.. Ribena (any flavor will do..)




and to complete my lunch or dinner (if mkn kt luar la kn..), i'll definitely order teh O ais limau..or sirap limau ais.. (anything with limau la..)





ESSENTIAL
and yang paling buat aku x bley 'tehen'.... Ya Allah! Sambal tempoyak dgn ulam la..! nk ckp aku mcm kambing pn, kambing la....janji shedap!!